Pada 10 Mac 2010,sekolah telah menganjurkan ceramah tentang isu-isu gejala sosial yang membabitkan remaja sekolah. Secara tidak lansung, isu ini turut menggambarkan bahawa remaja sekolah kini semakin agresif, berani dan liar.Sehubungan dengan itu, SMK Dato' Dol Said telah menjemput tetamu undangan khas, SAC Datuk Kamal Pasha Bin Jamal (Timbalan Ketua Polis Melaka) untuk mengupas pandangan beliau.



