Laman Web SMK Dato Dol Said, 78000 Alor Gajah, Melaka

  • Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font
Selamat Datang Ke Laman Web SMKDDS

Pengumuman Keputusan SPM 2009

Gambar sekitar pengumuman keputusan SPM 2009.  Tahniah kepada semua yang berjaya!

 

Antara pelajar-pelajar cemerlang SPM 2009

 

Galeri

 

Ceramah Gejala Sosial Oleh SAC Datuk Kamal Pasha Bin Jamal (Timbalan Ketua Polis Melaka)

 

 

Pada 10 Mac 2010,sekolah telah menganjurkan ceramah tentang isu-isu gejala sosial yang membabitkan remaja sekolah. Secara tidak lansung, isu ini turut menggambarkan bahawa remaja sekolah kini semakin agresif, berani dan liar.Sehubungan dengan itu, SMK Dato' Dol Said telah menjemput tetamu undangan khas, SAC Datuk Kamal Pasha Bin Jamal (Timbalan Ketua Polis Melaka) untuk mengupas pandangan beliau.

 

KEPUTUSAN UJIAN TARA - 2010

Pihak sekolah telah mengadakan Ujian tara untuk acara-acara sukan tertentu untuk semua pelajar SMK Dato Dol Said pada 4 & 5 Mac 2010.  Sebanyak tiga acara telah dipertandingkan, iaitu 100m, 200m & Lontar Peluru. 

Keputusan keseluruhan adalah seperti berikut:

  1. Johan : Syahbandar (483 mata)
  2. N. Johan : Bentara (479 mata)
  3. Ketiga : Temenggong (470 mata)
  4. Keempat : Laksamana (426 mata)
  5. Kelima : Panglima (417 mata)
  6. Keenam : Bendahara (373 mata)

Tahniah kepada yang menang.  Kepada yang lain, masih ada peluang untuk memintas ketika Temasya Sukan Tahunan nanti.  Untuk keputusan penuh, sila klik pautan ini.

Gambar Ujiantara 2010

 

Majlis Perlantikan Pengawas-Pengawas Sekolah Tahun 2010.

Pada 1 Mac 2010,SMKDDS telah mengadakan Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Ketua Tingkatan,Pengawas Asrama,Pengawas SPBT,Pembimbing Rakan Sebaya & Briged Bestari bagi sesi 2010 bermula pada jam 7.30 pagi bertempat di Astaka SMKDDS.Majlis ini telah dirasmikan oleh ASP Wan Fauzi bin Wan Ishak (Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Alor Gajah) selaku wakil kepada Ketua Polis Daerah Alor Gajah yang tidak dapat hadir dalam majlis tersebut.Seramai 211 pelajar yang telah menerima watikah perlantikan.Pihak sekolah berharap agar pelajar yang telah menerima watikah ini dapat menjalankan tugas dengan amanah & dedikasi.

 

 

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah / 2010

 

Pada 3 Mac 2010 (Rabu), satu Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Padang Bestari SMK Dato' Dol Said. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah membawa agama Islam ke dunia ini.Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan selawat beramai-ramai ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Selari dengan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah', satu pertandingan  sepanduk juga telah diadakan di antara kelab dan persatuan di SMK Dato' Dol Said dan telah dimenangi oleh Kelab Komputer/Bridget Bestari.  Majlis ini juga telah diserikan lagi dengan mendengar ceramah daripada Ustaz Solehuddin bin Azraie dari Sekolah Tinggi Islam Al-Sofa, Kota Negeri Sembilan. Majlis tamat pada jam 9.30 pagi.

 


Muka 1 daripada 7

Borang Login

Hello SMKDDS

Latest Message: 1 week, 4 days ago
  • Rashid Ibrah : salam 1 sdds...utk warga sdds....dulu ,kini...akan dtg...dari bekas pelajar th1979
  • shah : congras pengws..... hope dpt jlnkn tugs dgn cmrlng
  • Syah'z : ^_^
  • Muhammad Sha : skonglah lman web skolah kte
  • Shahfiq Yuso : askum smua...
  • Muhammad Mus : wei sokong lah laman ni
  • Muhammad Mus : cool men
  • shah : chantexx skrg lmn web sdds......
  • syiera : i mizz u alll!!!!
  • syiera : xpcially tok,PnTan 5g/08,ckgu syikin,ckgu nora,pn mani...

Only registered users are allowed to post

Statistik Pelawat

Pelawat Hari Ini: 154
Pelawat Semalam: 124
Pelawat Bulan Inii: 2928
Jumlah Pelawat: 14974
Bulan Paling Ramai: 3982
��terjadi: 2010-2
Data Semenjak: 2009-10-12

PMR 203 hari lagi!
SPM 251 hari lagi!

Pengumuman

Untuk Guru: Permohonan Pertukaran bagi Jun 2010
boleh dibuat secara Online akan dibuka mulai 1 April 2010 hingga 15 April 2010. Sehubungan dengan itu, guru-guru yang ingin memohon pertukaran, sila layari website http://apps.emoe.gov.my

 
Tarikh Peperiksaan PTK

Untuk DGA29 & DGA 32 - 9 Jun 2010 (Rabu)

Untuk DG41 & DG44 - 10 Jun 2010 (Khamis)


 
Sukatan Peperiksaan PTK Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DGA17, DGA29, DGA32, DG41, DG44
Sila dapatkan sukatan PTK di sini. Untuk sukatan bercetak (Generik & Guru Matapelajaran sahaja), sila berhubung dengan Pn. Roziah Md. Amin

 
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39

Tarikh : 27 Mac 2010, jam 8.00 pagi.  Kepada Ibubapa/Penjaga yang ingin mengetengahkan usul untuk dibincangkan ketika mesyuarat nanti, boleh menghantar email ke smkdds@smkdds.com.  Sila nyatakan nama Tuan/Puan serta nama & tingkatan anak/jagaan anda.


 

Program Sekolah

22.03.2010 15:15 - 17:00
Latihan Rumah Sukan

23.03.2010 15:15 - 17:00
Latihan Rumah Sukan

24.03.2010 07:30 - 09:00
Aktiviti Pasukan Beruniform

29.03.2010 15:00 - 17:00
Acara Awal Sukan

30.03.2010 15:00 - 17:00
Acara Awal Sukan

Facebook SMKDDS