Selamat Datang Ke Laman Web SMKDDS

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke 43

Kejohanan Olahraga SMKDDS kali ke 43 telah diadakan dalam suasana sederhana tetapi meriah pada hari Khamis, 8 April 2010, bermula jam 2.00 ptg.  Acara-acara awal telah diadakan pada 6 April 2010.  Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Mohd Nor bin Atan (DMSM, BCM, DJN) Setiausaha Bahagian Amerika, Kemeterian Luar Negeri, sementara Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Ujad b. Abu Bakar, Pengarah Urusan Safe Force Sdn. Bhd.  Kedua-dua tokoh ini adalah alumni SMKDDS.

Berikut adalah keputusan rasmi untuk  Kejohanan Olahraga SMKDDS kali ke 43:

Keputusan Rasmi

Galeri : Acara Awal & Raptai

Galeri : Hari Sukan

 

 

KEPUTUSAN UJIAN TARA - 2010

Pihak sekolah telah mengadakan Ujian tara untuk acara-acara sukan tertentu untuk semua pelajar SMK Dato Dol Said pada 4 & 5 Mac 2010.  Sebanyak tiga acara telah dipertandingkan, iaitu 100m, 200m & Lontar Peluru. 

Keputusan keseluruhan adalah seperti berikut:

  1. Johan : Syahbandar (483 mata)
  2. N. Johan : Bentara (479 mata)
  3. Ketiga : Temenggong (470 mata)
  4. Keempat : Laksamana (426 mata)
  5. Kelima : Panglima (417 mata)
  6. Keenam : Bendahara (373 mata)

Tahniah kepada yang menang.  Kepada yang lain, masih ada peluang untuk memintas ketika Temasya Sukan Tahunan nanti.  Untuk keputusan penuh, sila klik pautan ini.

Gambar Ujiantara 2010

 

Jadual UPP 1 2010

Muaturun dalam format .pdf

 

Garis Panduan Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku

Garis panduan pelaksanaan kaedah latihan secara pembacaan buku sebagai tambahan bagi melengkapkan kursus LDP secara school based di sekolah bagi pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. 

 

Muaturun dalam bentuk pdf


 

 

Pelajar diwajib bersukan 2011

sumber: bharian.com.my

Pembabitan diberi kredit, lahirkan ramai atlit berpotensi: Muhyiddin

BANDAR JENGKA: Kementerian Pelajaran akan mewajibkan setiap pelajar sekolah rendah dan menengah menyertai sekurang-kurangnya satu acara sukan mulai tahun depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembabitan mereka dalam kegiatan sukan itu akan diambil kira, termasuk diberi kredit atau markah.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan untuk menerapkan nilai sukan di sekolah, sekali gus mengembalikan kecemerlangan sukan dan melahirkan lebih ramai bakal atlit sukan negara.


 


Muka 4 daripada 7

Borang Login

Hello SMKDDS

Latest Message: 1 Bulan, 3 weeks ago
  • Helihafisah : halo smk dds..heli`s here..
  • Rashid Ibrah : salam 1 sdds...utk warga sdds....dulu ,kini...akan dtg...dari bekas pelajar th1979
  • shah : congras pengws..... hope dpt jlnkn tugs dgn cmrlng
  • Syah'z : ^_^
  • Muhammad Sha : skonglah lman web skolah kte
  • Shahfiq Yuso : askum smua...
  • Muhammad Mus : wei sokong lah laman ni
  • Muhammad Mus : cool men
  • shah : chantexx skrg lmn web sdds......
  • syiera : i mizz u alll!!!!

Only registered users are allowed to post

Statistik Pelawat

Pelawat Hari Ini: 77
Pelawat Semalam: 98
Pelawat Bulan Inii: 1355
Jumlah Pelawat: 48577
Bulan Paling Ramai: 7574
��terjadi: 2010-4
Data Semenjak: 2009-10-12