Latar Belakang Sekolah
Sabtu, 25 April 2009 17:24
En. Hudzaimi Hamzah
Sekolah ini telah memulakan sidang akademiknya pada tahun 1965 dengan 25 orang guru dan 565 orang pelajar (383 pelajar lelaki dan 182 pelajar perempuan). Nama asalnya ialah Sekolah Anika Jurusan AIor Gajah, kemudian dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah 23 AIor Gajah. Ketika itu sekolah ini telah disatukan dengan Sekolah Lanjutan Kampung Alor Gajah. Akhirnya sekolah ini dinamakan SEKOLAH DATO' DOL SAID iaitu mengambil sempena nama seorang patriotik terkenal yang memerintah Naning. laitu penghulu Naning yang lebih dikenali Dato' Dol Said. Beliau begitu terkenal dalam perjuangan orang-orang Melayu menentang Inggeris di Naning di sekitar tahun 1820-an.
Pada 2 Oktober 1967 sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran En. Khir Johari Al-Haj, (Tan Sri). Nama sekolah ini dikekalkan, cuma sedikit tambahan dengan memasukkan perkataan "Menengah" bagi memudahkan kategori sekolah. Sejak daripada penubuhan itu sehinggalah sekarang SMK Dato’ Dol Said ditadbir di bawah pentadbiran dua belas orang pengetua. Pada masa kini, sekolah ini telah mencapai perkembangan dan kemajuan dari segi fizikal sekolah, bidang akademik dan ko-kurikulum yang sangat membanggakan.
Sewaktu sekolah ini memulakan sidang akademiknya yang pertama pada tahun 1965, hanya terdapat tiga blok bangunan bilik kelas sahaja yang menampung pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 3. Kini sekolah ini mempunyai 8 blok bangunan kelas dan sebuah blok Kemahiran Hidup. Sejak penubuhannya hingalah sekarang sekolah ini merupakan sekolah kategori campuran. Majoriti pelajarnya datang daripada kawasan sekitar pekan Alor Gajah, Rembia, Sungai Petai, Kelemak dan Lendu. Jumlah pelajar sekarang adalah seramai 1709 orang (927 lelaki, 782 perempuan) dengan guru seramai 123 orang. (September 2009)
Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah ini dari segi akademik dan ko-kurikulum meningkat dari tahun ke tahun. Prestasi akademik yang bertambah baik khususnya dalam peperiksaan SRP telah membolehkan sekolah ini mengadakan tingkatan empat buat pertama kali pada tahun 1977. Dalam tahun 1987, tingkatan enam aliran sains pula telah ditubuhkan yang kemudian diubah kepada tingkatan enam sastera pada tahun 1989. Pada tahun 2005, kerana keperluan setempat, tingkatan enam sains sepenuhnya diwujudkan semula.
Seiring dengan perkembangan dalam bidang akademik, sekolah ini terus menemp kemajuan yang cemerlang dalam bidang kokurikulum. Misalnya dalam bidang sukan sekolah ini sering menjuarai pelbagai pertandingan di peringkat kawasan, daerah, negeri dan kebangsaan.
Kini sekolah ini mempunyai 14 blok bangunan yang terletak dalam kawasan tanah seluas 7.4 hektar. Terdapat 7 blok bangunan yang mengandungi 50 buah bilik darjah dan 5 makmal sains, sebuah dewan, sebuah blok makmal sains tulen, sebuah blok bangunan bengkel dan perpustakaan, sebuah bangunan koperasi, sebuah surau dan sebuah bangunan makmal komputer serta kantin. Selain itu, SMK Dato’ Dol Said juga mempunyai asrama yang dapat menampung seramai 135 orang pelajar, 4 buah rumah guru dan 5 buah rumah bertaraf rumah guru / staf ’ gotong royong’ .
Dari segi kemudahan sukan, sekolah ini mempunyai dua buah padang iaitu sebuah padang hoki dan sebuah padang bola sepak. SMK Dato’ Dol Said telah dipilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri Melaka sebagai Sekolah Kawalan pada tahun 2004. Selain kelas kawalan, sekolah ini juga mempunyai Kelas Aliran Agama dan Rancangan Khas.
LAST_UPDATED2
Home
Latar Belakang Sekolah