Program e-Disiplin telah mula dilaksanakan di SMKDDS bermula 25 Mei 2009.
Konsep Program:
- Program pengurusan disiplin bagi mengesan & mengawal tingkah laku murid.
- Mengujudkan langkah-langkah intervensi untuk melahirkan modal insan yang seimbang.
- Melibatkan aspek jasman, emosi, rohani & intelek.
- Berkonsepkan Falsafah Pendidikan Negara.
Objektif e-Disiplin SMKDDS adalah:
- Mengaplikasikan sistem merit dan demerit
- Merialisasikan hasrat Kementerian Pelajaran "Semua Guru Adalah Guru Disiplin"
- Memudahkan sistem penyimpanan rekod salahlaku secara lebih sistematik.
- Memudahkan proses tindakan dibuat mengikut sistem yang dirancang.
Misi Program:
- Memastikan pengurusan disiplin sekolah berada di tahap yang terbaik.
- Mempunyai daya kawal selia disiplin yang mantap & berkesan.
Tumpuan Tingkah Laku Sepatutnya
- e-Disiplin memberikan tumpuan kepada aspek tingkah laku murid sama ada berbentuk negatif ataupun positif.
- Kedua-dua aspek di adun bagi proses memulihkan tingkah laku murid.
- Tingkah laku negatif diberi markah celaan manakala tingkah laku positifdiberi markah pujian.
- Sesi kaunseling di gabung jalin bagi membentuk shsiah murid yang terbaik melalui sistem intervensi.
Harapan Perlaksanaan Program e-Disiplin
- Penglibatan semua guru bagi membentuk tingkah laku dan sahsiah murid.
- Kurang bergantung kepada guru-guru disiplin semata-mata di dalam menangani masalah salah laku murid.
- Maklumat tentang pelajar bermasalah salah-laku boleh diperolehi dengan mudah tanpa bergantung kepada setiausaha disiplin semata-mata.
- Penurunan kes-kes salah laku murid dapat dikurangkan dan peningkatan minat murid kepada tingkah laku positif.






Comments
katiah utud- program e-Disiplin sebenarnya masih dalam proses rintis/ percubaan di pihak Kementerian, hanya beberapa sekolah yang terpilih di Malaysia yang menggunakannya. Sekiranya berjaya, ia akan digunakan oleh semua sekolah..
RSS feed for comments to this post.